Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Kini Ada Kuasa Sita Wang Disyaki Terbabit Akaun Keldai

Diterbitkan: 19 Nov 2024 6.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 19 November 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mempunyai kuasa menyita wang yang disyaki terbabit dengan kegiatan jenayah, termasuk 'mule account' atau akaun keldai, yang disimpan dalam mana-mana institusi kewangan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-kini-ada-kuasa-sita-wang-disyaki-terbabit-akaun-keldai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:23 MYT
Kuala Lumpur, 19 November 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mempunyai kuasa menyita wang yang disyaki terbabit dengan kegiatan jenayah, termasuk 'mule account' atau akaun keldai, yang disimpan dalam mana-mana institusi kewangan.

Akaun keldai merujuk kepada akaun yang digunakan organisasi jenayah atau sindiket untuk kegiatan menerima dan memindahkan wang hasil aktiviti haram termasuk penipuan dalam talian bagi mengelak dikesan.

Sering kali akaun keldai tiada kaitan dengan penipu, tetapi milik orang biasa yang mungkin dibayar sindiket atau tidak menyedari akaun itu digunakan bagi tujuan pengubahan wang haram.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, berkata kuasa menyita akaun itu diturunkan kepada PDRM menerusi pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) yang berkuat kuasa 20 Oktober lalu.

Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan 2024) dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan 2024) dibentangkan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15, memfokuskan kepada kesalahan jenayah dalam talian berkaitan akaun keldai dan peruntukan baharu memberikan kuasa kepada pegawai polis menyita wang disyaki terbabit dengan kejadian jenayah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 19 Nov 2024 6.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM