Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Harap Cadangan Akta Tahanan Rumah Diperhalusi Sebelum Dilaksana Kpn

Diterbitkan: 20 Nov 2024 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, penelitian itu bagi membolehkan pelaksanaannya berjalan secara lebih teratur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-harap-cadangan-akta-tahanan-rumah-diperhalusi-sebelum-dilaksana-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:30 MYT
Kuala Lumpur, 20 November 2024 – Cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggubal akta baharu bagi membenarkan tahanan di rumah perlu diteliti dan diperhalusi lanjut.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, penelitian itu bagi membolehkan pelaksanaannya berjalan secara lebih teratur.

“Apa yang paling penting jika cadangan untuk menempatkan tahanan rumah ini dilaksanakan adalah konteks kepentingan dan keselamatan serta ketenteraman masyarakat umum secara keseluruhannya terjamin.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk memberikan kerjasama berhubung perkara ini khususnya kepada KDN dan Jabatan Penjara,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Tan Sri Razarudin berkata, PDRM bersedia memberikan sebarang cadangan dan penambahbaikan dalam sebarang sesi libat urus demi memastikan kepentingan semua pihak terutama masyarakat umum tetap terpelihara.

Pada 19 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rang undang-undang berkaitan tahanan di rumah akan dibentang pada tahun depan dan Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaannya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2024 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM