
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Harap Cadangan Akta Tahanan Rumah Diperhalusi Sebelum Dilaksana Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, penelitian itu bagi membolehkan pelaksanaannya berjalan secara lebih teratur.
Kuala Lumpur, 20 November 2024 – Cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggubal akta baharu bagi membenarkan tahanan di rumah perlu diteliti dan diperhalusi lanjut.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, penelitian itu bagi membolehkan pelaksanaannya berjalan secara lebih teratur.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk memberikan kerjasama berhubung perkara ini khususnya kepada KDN dan Jabatan Penjara,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Tan Sri Razarudin berkata, PDRM bersedia memberikan sebarang cadangan dan penambahbaikan dalam sebarang sesi libat urus demi memastikan kepentingan semua pihak terutama masyarakat umum tetap terpelihara.
Pada 19 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rang undang-undang berkaitan tahanan di rumah akan dibentang pada tahun depan dan Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaannya.