
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Guna Kamera Badan Sepenuhnya Tahun 2025
Petaling Jaya, 28 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menggunakan kamera badan (BWC) sepenuhnya pada suku pertama tahun 2025.
Petaling Jaya, 28 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menggunakan kamera badan (BWC) sepenuhnya pada suku pertama tahun 2025.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jangkaan tersebut selepas mengambil kira keseluruhan proses pembekalan seperti pengujian, lawatan tapak, latihan dan pentauliahan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution menjawab soalan daripada Lim Lip Eng (DAP-Kepong) yang bertanya mengenai mengapa penggunaan kamera badan pada anggota polis masih belum dilaksanakan.
Mengenai pakaian seragam polis termasuk topi dan kasut yang lebih sesuai dalam cuaca panas dan lembap, Datuk Seri Saifuddin berkata, Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) PDRM sedang menjalankan Kajian Penambahbaikan Pakaian Seragam Operasi Tugas Am PDRM.
"Sekiranya dipersetujui kelak, PDRM akan mengangkat kertas cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menukar pakaian seragam polis," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.