
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Fc Tambah Elemen Pengalaman
Ketua Jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, perkara itu antara kelemahan yang dilihatnya dalam pasukan sepanjang pusingan pertama liga berlangsung yang me...
Petaling Jaya, 12 Julai 2022 - Aspek pengalaman menjadi 'perencah' tambahan buat pasukan PDRM Football Club bagi mengharungi pusingan kedua Liga Perdana.
Ketua Jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, perkara itu antara kelemahan yang dilihatnya dalam pasukan sepanjang pusingan pertama liga berlangsung yang menyaksikan PDRM kini berada di kedudukan keenam dengan 14 mata.
Beliau juga lega dengan prestasi dua pemain import baharu, Milos Lacny dan Fadi Awat yang berjaya memenuhi jangkaan selepas mempamerkan kualiti lebih baik berbanding import terdahulu.
"Salah satu kelemahan yang dikenal pasti sepanjang pusingan pertama adalah aspek pengalaman pemain kerana tiap kali perlawanan persahabatan, kami boleh dapatkan keputusan yang baik tetapi berbeza semasa aksi di Liga Premier.
"Mungkin terdapat faktor tekanan pada perlawanan sebenar yang menyebabkan pemain-pemain muda ini gagal bermain dengan baik.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: