Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Fc Bersemangat Daki Saingan Liga

Published: 06 Oct 2024 6.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2024 - PDRM FC optimis dapat menempatkan diri bersama pasukan kelompok atasan selepas melonjak ke tangga kelima Liga Super.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-fc-bersemangat-daki-saingan-liga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2024 - PDRM FC optimis dapat menempatkan diri bersama pasukan kelompok atasan selepas melonjak ke tangga kelima Liga Super.

Pengendalinya, P. Maniam berkata, beliau mengambil alih 'The Cops' musim ini dengan misi membaiki kedudukan musim lalu iaitu tempat kelapan daripada 14 pasukan.

"Awal musim ini kami bermula perlahan, tetapi barisan pemain dan pihak pengurusan telah bekerja keras untuk meningkatkan prestasi pasukan.

“Saya lihat PDRM FC sudah semakin baik dan berjaya mengutip mata penting daripada pasukan gergasi, cuma kami keciciran mata ketika bertemu pasukan di tangga bawahan," katanya.

PDRM FC berjaya mengutip satu mata ketika seri 1-1 dengan Terengganu FC kelmarin.
Keputusan itu menyaksikan PDRM FC terus mencuri mata dari pasukan pilihan setelah berjaya mengalahkan Perak, KL City FC dan Sabah selain mengikat JOHOR Darul Ta‘zim sebelum ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
 
ArticlePublished 06 Oct 2024 6.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM