Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Beku 912 Akaun Bank Rm136 61 Juta

Diterbitkan: 02 Oct 2020 7.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Oktober 2020 - Sebanyak 912 akaun bank bernilai RM136.61 juta telah dibekukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh tiga tahun sejak 2018 sehingga Ogos lalu dipercayai hasil aktiviti haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-beku-912-akaun-bank-rm136-61-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Kuala Lumpur, 2 Oktober 2020 - Sebanyak 912 akaun bank bernilai RM136.61 juta telah dibekukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh tiga tahun sejak 2018 sehingga Ogos lalu dipercayai hasil aktiviti haram.

Kesemua akaun bank tersebut merupakan 367 kes membabitkan pengubahan wang haram yang disiasat PDRM termasuk kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara kes pengubahan wang haram yang disiasat seperti penipuan, jenayah pecah amanah, kongsi gelap dan perjudian.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, dalam tempoh sama, sebanyak RM800.28 juta pembekuan harta orang disiasat telah dibekukan bagi siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Daripada jumlah itu, kata Tan Sri Abdul Hamid, sebanyak RM143.23 juta aset dibekukan tahun ini berbanding RM297.90 juta tahun lalu diikuti RM382.15 juta (2018).

Ujarnya, pembekuan aset pada tahun ini juga turut melibatkan 37 kenderaan bernilai RM2.51 juta dan lapan hartanah berjumlah RM8.1 juta disita.

"Penyitaan ini dibuat terhadap harta dalam penyiasatan AMLATFPUAA, yang mana sitaan ini adalah di bawah kuasa Timbalan Pendakwa Raya apabila mereka berpuas hati dengan hasil siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat.

"Bagi tindakan pelucuthakkan harta penjenayah kepada kerajaan Malaysia, sejak awal tahun ini sahaja sehingga Ogos lalu, bahagian AMLA, PDRM telah berjaya melucuthak harta bernilai RM35 juta menerusi mahkamah berbanding sebanyak RM66.8 juta pada tahun sebelumnnya.

"Pelucuthakkan ini melalui proses mahkamah, sama ada melalui proses perbicaraan jenayah ataupun pelucuthakkan harta secara sivil," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

No photo description available.

Image may contain: text
ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2020 7.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM