Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Aktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas

Diterbitkan: 11 Jun 2024 2.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.10 PM
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-aktifkan-pusat-sehenti-jemaah-haji-terkandas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:32 MYT
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pusat sehenti itu sudah memulakan operasi jam 8 pagi semalam dan akan tamat jam 12 tengah malam, 21 Jun ini.

Beliau berkata, 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas ditugaskan selama 11 hari bagi membantu kes jemaah haji terkandas.

Katanya, pasukan itu turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Pasukan ini akan memberi kemudahan kepada jemaah haji yang terkandas di KLIA sebelum berlepas mahupun jemaah haji yang terkandas di Arab Saudi dan tidak dapat mengerjakan haji.

“Mereka akan menerima laporan daripada jemaah haji terbabit dan mengenalpasti apakah kesalahan berlaku mengikut lunas undang-undang,” katanya pada sidang media di pejabat JSJK di sini.

Bagaimanapun, Dato’ Sri Ramli berkata, setakat ini belum ada laporan berkaitan jemaah haji terkandas di KLIA diterima.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2024 2.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.10 PM