
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Aktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Ku...
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Beliau berkata, 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas ditugaskan selama 11 hari bagi membantu kes jemaah haji terkandas.
Katanya, pasukan itu turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
“Pasukan ini akan memberi kemudahan kepada jemaah haji yang terkandas di KLIA sebelum berlepas mahupun jemaah haji yang terkandas di Arab Saudi dan tidak dapat mengerjakan haji.
“Mereka akan menerima laporan daripada jemaah haji terbabit dan mengenalpasti apakah kesalahan berlaku mengikut lunas undang-undang,” katanya pada sidang media di pejabat JSJK di sini.
Bagaimanapun, Dato’ Sri Ramli berkata, setakat ini belum ada laporan berkaitan jemaah haji terkandas di KLIA diterima.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.