Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pastikan Tiada Isu Sensitif 3r Sepanjang Prk Mdn

Diterbitkan: 28 Apr 2024 3.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.15 PM
Semua pihak termasuk parti dan penyokong calon bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, diingat tidak menimbulkan sebarang kekecohan atau perkara yang boleh mengancam ketenteraman awam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pastikan-tiada-isu-sensitif-3r-sepanjang-prk-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:27 MYT
Kuala Lumpur, 28 April 2024 - Semua pihak termasuk parti dan penyokong calon bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, diingat tidak menimbulkan sebarang kekecohan atau perkara yang boleh mengancam ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apa sahaja perkara yang bersifat ‘distructive’ atau tidak baik perlu dielakkan oleh semua pihak.

Beliau berkata, sepanjang 12 hari kempen pada PRK tersebut berlangsung, pastikan tiada perkara sensitif termasuk isu 3R (agama, raja dan bangsa) disentuh serta dijauhkan.

“Saya berharap semua pihak mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan dan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Sila kawal tutur kata, ucapan serta tulisan di dalam semua aktiviti kempen yang dijalankan,” katanya dalam siding akhbar di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, playing football and text
ArtikelDiterbitkan 28 Apr 2024 3.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.15 PM