
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pastikan Tiada Isu Sensitif 3r Sepanjang Prk Mdn
Semua pihak termasuk parti dan penyokong calon bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, diingat tidak menimbulkan sebarang kekecohan atau perkara...
Kuala Lumpur, 28 April 2024 - Semua pihak termasuk parti dan penyokong calon bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, diingat tidak menimbulkan sebarang kekecohan atau perkara yang boleh mengancam ketenteraman awam.
Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apa sahaja perkara yang bersifat ‘distructive’ atau tidak baik perlu dielakkan oleh semua pihak.
“Saya berharap semua pihak mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan dan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Sila kawal tutur kata, ucapan serta tulisan di dalam semua aktiviti kempen yang dijalankan,” katanya dalam siding akhbar di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.