Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pasangan Kekasih Simpan Dadah 14kg Dalam Kereta Milik Keluarga Ditahan
Johor Bahru, 2 Januari 2025 - Polis menahan pasangan kekasih yang aktif mengedar dadah menggunakan kereta milik ahli keluarga serta merampas lebih 14 kilogram...
Johor Bahru, 2 Januari 2025 - Polis menahan pasangan kekasih yang aktif mengedar dadah menggunakan kereta milik ahli keluarga serta merampas lebih 14 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM2.4 juta, Sabtu lalu.
Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri melancarkan operasi khas membabitkan dua serbuan di kawasan Iskandar Puteri dan Johor Bahru pada jam 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi.
Beliau berkata, dalam serbuan itu pasangan kekasih berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan di tempat letak kereta di Mutiara Rini, Iskandar Puteri bersama sejumlah rampasan dadah.
Katanya, hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Ketamin dan Benzodiapines, selain semakan rekod mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
“Modus operandi sindiket ini menggunakan kenderaan sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
“Hasil semakan mendapati Toyota Vios hitam yang digunakan adalah milik ahli keluarga mereka.
“Mereka dipercayai aktif beroperasi sejak Oktober lalu,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran