Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pantau Cubaan Hidupkan Ajaran Sesat

Diterbitkan: 15 Jan 2024 2.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Januari 2024 - Polis sentiasa memantau perkembangan cubaan menghidupkan semula ajaran sesat di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pantau-cubaan-hidupkan-ajaran-sesat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:38 MYT
Kuala Lumpur, 15 Januari 2024 - Polis sentiasa memantau perkembangan cubaan menghidupkan semula ajaran sesat di negara ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, ajaran sesat berkenaan sudah difatwa sesat di mana tindakan awal serta siasatan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tertangkapnya pemimpin serta pengikut ajaran itu.
Menurutnya, tindakan susulan dan pemantauan berterusan seharusnya dibuat oleh Majlis Agama Islam dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan ajaran ini tidak dihidupkan semula.

“Jika dulu, kita mempunyai ISA untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
Kini kuasa kita amat terbatas dan majlis agama boleh bertindak dalam menangani isu ini.

“Saya akan merujuk semula dengan Jakim dan majlis agama bagi memastikan tindakan preventif dapat dilaksanakan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 15 Jan 2024 2.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM