Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Panjat Tembok Sempadan Bawa Ganja Rm400 000

Diterbitkan: 02 Jan 2025 7.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Padang Besar, 2 Januari 2025 - Cubaan dua lelaki menyeludup masuk Ganja seberat lapan kilogram dianggar bernilai RM400,000 dengan menceroboh tembok sempadan negara di sini gagal apabila tindakan itu disedari sepasukan pegawai dan anggota Risik Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-panjat-tembok-sempadan-bawa-ganja-rm400-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:06 MYT
Padang Besar, 2 Januari 2025 - Cubaan dua lelaki menyeludup masuk Ganja seberat lapan kilogram dianggar bernilai RM400,000 dengan menceroboh tembok sempadan negara di sini gagal apabila tindakan itu disedari sepasukan pegawai dan anggota Risik Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.

Kelibat penyeludup terbabit disedari pihak berkuasa selepas terlihat cahaya lampu suluh di kawasan berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam di Pos TS 13, Jalan Keselamatan sempadan Malaysia-Thailand.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua penyeludup berkenaan bertindak memanjat tembok tersebut bagi melarikan diri ke negara jiran.

Komander Briged Utara PGA, SAC Shahrum Hashim berkata, selepas menyedari cahaya lampu suluh, polis menghampiri kawasan berkenaan dan turut memberi amaran kepada dua lelaki itu.

Katanya, suspek kemudiannya bertindak memanjat tembok itu kembali bagi melarikan diri.

“Susulan itu, polis telah melakukan pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan berkenaan dan menemukan beg galas warna hitam tertera jenama Apple di tepi tembok sempadan negara.

“Hasil pemeriksaan, kita menemukan sebanyak sembilan ketulan mampat Ganja di dalam beg itu yang dianggarkan bernilai RM400,000,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PGA di sini hari ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text
ArtikelDiterbitkan 02 Jan 2025 7.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM