Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Orang Ramai Boleh Bayar Saman Di Semua Ipd Dan Ipk Timbalan Kpn

Published: 11 Dec 2021 2.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 11 Disember 2021 - Operasi kaunter trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bagi urusan pembayaran saman yang menawarkan diskaun sehingga 80 peratus sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM), dilanjutkan selama setengah jam sehingga 5 petang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-orang-ramai-boleh-bayar-saman-di-semua-ipd-dan-ipk-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:05 MYT
Kuala Lumpur, 11 Disember 2021 - Operasi kaunter trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bagi urusan pembayaran saman yang menawarkan diskaun sehingga 80 peratus sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM), dilanjutkan selama setengah jam sehingga 5 petang.

Kaunter berkenaan sebelum ini beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, manakala sistem pembayaran secara dalam talian beroperasi 24 jam sehari.

Kaunter bayaran akan beroperasi sepanjang tempoh sambutan 100 Hari AKM dari 9 hingga 12 Disember 2021.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, berkata walaupun kaunter di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sudah ditutup, orang ramai boleh terus membayar saman di IPD dan IPK yang mempunyai kaunter trafik dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

"Mereka boleh membayar melalui MyBayar Saman secara dalam talian selama 24 jam dan memang ada berlaku masalah untuk diakses ketika waktu puncak.

"Namun, orang ramai diminta bersabar dan terus menggunakan aplikasi itu sebagai alternatif pembayaran,” katanya kepada media semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 11 Dec 2021 2.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM