
Article
Keratan Akhbar Pilihan Orang Awam Gagal Lapor Penderaan Seksual Kanak Kanak Akan Didakwa
Putrajaya, 24 Oktober 2023 - Guru sekolah, jiran dan ahli keluarga kepada kanak-kanak mangsa penderaan seksual yang menyembunyikan atau gagal melaporkan kejadi...
Putrajaya, 24 Oktober 2023 - Guru sekolah, jiran dan ahli keluarga kepada kanak-kanak mangsa penderaan seksual yang menyembunyikan atau gagal melaporkan kejadian menimpa mangsa kepada pihak berkuasa, akan dikenakan tindakan pendakwaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, mengakui sehingga kini belum ada pihak yang didakwa bagi kesalahan terbabit walaupun ia termaktub dalam Akta 792.
“Ini termaktub dalam Seksyen 19 akta terbabit. Saya mahu meneliti dan berbincang dengan Polis Diraja Malaysia serta mahkamah supaya perkara yang termaktub dalam undang-undang itu dapat dikuatkuasakan.
“Mengikut akta berkenaan, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu mengetahui berlaku kes penderaan seksual kepada kanak-kanak, tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa.
“Kita bimbang ramai tahu mengenai penderaan seksual kanak-kanak, sama ada di rumah, sekolah dan kejiranan, tetapi gagal melaporkan kes berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.