Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Tubuh Wbc Siasat Kekang Penyeludupan Hidupan Liar Timbalan Kpn

Diterbitkan: 01 Dec 2021 2.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 1 Disember 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan kertas kerja bagi menubuhkan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WBC) di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-operasi-bersepadu-khazanah-tubuh-wbc-siasat-kekang-penyeludupan-hidupan-liar-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:32 MYT
Georgetown, 1 Disember 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan kertas kerja bagi menubuhkan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WBC) di negara ini.
WBC berkenaan bakal membabitkan 50 anggota polis dan pegawai bagi menyiasat serta mengekang aktiviti penyeludupan hidupan liar.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, berkata biro itu akan ditempatkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dalam masa terdekat.

Beliau berkata, PDRM akan turut sama membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi menyiasat sindiket terbabit dalam penyeludupan dan perdagangan hidupan liar itu.

Datuk Seri Hj. Mazlan ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah yang dihadiri Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Sri Abdul Latif Abdul Kadir dan Ketua Pengarah PERHILITAN Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

ArtikelDiterbitkan 01 Dec 2021 2.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM