
Article
Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Obk Beri Impak Positif Pulihara Flora Fauna Negara
Machang, 28 Februari 2023 - Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutan...
Machang, 28 Februari 2023 - Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan Negeri memberi impak positif dalam pemuliharaan flora dan fauna negara melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).
Katanya, pada masa sama, ia turut dibuktikan dengan kejayaan signifikan sepanjang operasi berkenaan berlangsung.
“Usaha dan kerja keras khususnya Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) juga berjaya menubuhkan satu lagi elemen baharu dalam pasukan iaitu Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WBC).
“Justeru, diharap dengan penubuhan WCB dapat membuka mata banyak pihak bahawa jenayah alam sekitar juga perlu diberikan perhatian selain tindakan penguatkuasaan yang proaktif selari dengan jenayah-jenayah konvensional dan bukan konvensional lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Penutup Op Bersepadu Khazanah Siri 02/2023 dan Ujian Ronda Pandu Arah Peringkat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am 2023 di Pusat Latihan Perhutanan Bukit Bakar di sini, semalam.