Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Kerjasama Pdrm Dan Perhilitan Berjaya Rampas Haiwan Dilindungi Dalam Operasi Bersepadu

Diterbitkan: 14 Mar 2022 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 14 Mac 2022 - Harganya mampu menyamai sebuah kereta model baru di pasaran. Itu nilai anggaran bagi seekor kucing liar Afrika (Leptailurus serval) diseludup masuk ke negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-operasi-bersepadu-khazanah-kerjasama-pdrm-dan-perhilitan-berjaya-rampas-haiwan-dilindungi-dalam-operasi-bersepadu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:20 MYT
Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Kerjasama Pdrm Dan Perhilitan Berjaya Rampas Haiwan Dilindungi Dalam Operasi Bersepadu
Laman Utama / Artikel / Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Kerjasama Pdrm Dan Perhilitan Berjaya Rampas Haiwan Dilindungi Dalam Operasi Bersepadu
Kembali ke Pustaka
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Kerjasama Pdrm Dan Perhilitan Berjaya Rampas Haiwan Dilindungi Dalam Operasi Bersepadu

Kuala Lumpur, 14 Mac 2022 - Harganya mampu menyamai sebuah kereta model baru di pasaran. Itu nilai anggaran bagi seekor kucing liar Afrika (Leptailurus serval)...
Kuala Lumpur, 14 Mac 2022 - Harganya mampu menyamai sebuah kereta model baru di pasaran. Itu nilai anggaran bagi seekor kucing liar Afrika (Leptailurus serval) diseludup masuk ke negara ini.

Berdasarkan maklumat, seekor kucing liar ini boleh mencecah harga AS$15,000 (RM62,800) seekor di pasaran gelap.

Terbaru sepasukan anggota penguatkuasaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bersama lima anggota Unit Perisikan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam melakukan risikan dan serbuan susulan maklumat berhubung pemilikan haiwan liar dilindungi ini secara haram.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi itu adalah antara kerjasama membabitkan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi membenteras aktiviti membabitkan jenayah hidupan liar.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius aktiviti menyimpan dan menjual hidupan liar dilindungi termasuk spesies kucing hutan tempatan atau nama saintifiknya Prionailurus Planiceps.

Sebelum ini, dua ekor kucing hutan spesies “Flat Headed Cat” bernilai sekitar RM50,000 berjaya dirampas Batalion 11, Pasukan Gerakan Am Kuching di sebuah rumah daerah Bau, Sarawak.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.


May be an image of 1 person, cat, serval and big cat
ArtikelDiterbitkan 14 Mar 2022 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM