
Article
Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah 127 Termasuk Pemburu Haram Ditahan
Georgetown, 1 Disember 2021 – Seramai 127 orang termasuk pemburu haram ditahan dan nilai sitaan berjumlah RM31.86 juta termasuk hidupan liar dirampas hasil 11...
Georgetown, 1 Disember 2021 – Seramai 127 orang termasuk pemburu haram ditahan dan nilai sitaan berjumlah RM31.86 juta termasuk hidupan liar dirampas hasil 11 siri Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan sepanjang tahun ini di seluruh negara.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sebanyak 69 kertas siasatan telah dibuka dan 293 jerat hidupan liar telah dimusnahkan di lapangan sepanjang tempoh berkenaan.
"Tahun ini mencatatkan jumlah sitaan paling besar iaitu RM31.86 juta berbanding tempoh dua tahun lepas iaitu sebanyak RM4.25 juta. Kejayaan ini adalah hasil OBK yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi lain, antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan, Jabatan Imigresen Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Sepanjang tahun ini juga, sebanyak 56 kesan khemah warga asing dikesan di Hutan Simpan dan Taman Negara, 19 kesan takikan serta tebangan pokok karas dan 2,352 lain-lain kesan pemburuan serta pencerobohan telah direkodkan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat OBK yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Sri Abdul Latif Abdul Kadir di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.