Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bawa Keluar Bangkai Pesawat Selesai Kp Selangor

Published: 23 Aug 2023 3.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 23 Ogos 2023 - Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina di sini, selesai sepenuhnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-operasi-bawa-keluar-bangkai-pesawat-selesai-kp-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:31 MYT
Shah Alam, 23 Ogos 2023 - Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina di sini, selesai sepenuhnya.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, lokasi nahas dikosongkan bagi tujuan itu, kelmarin.
Ketika dihubungi, beliau berkata, semua kawalan polis di lokasi nahas juga akan ditamatkan.

Sementara itu, tinjauan mendapati lori yang membawa serpihan dan bangkai pesawat berkenaan meninggalkan lokasi nahas kira-kira jam 7 malam kelmarin.
Keadaan cuaca yang mendung dan kadangkala hujan tidak menghalang proses membawa keluar bangkai itu.

Selain itu, jalan yang terbabit dengan nahas akan dibersihkan namun laluan masih ditutup dan polis juga sudah membuka garisan kuning yang dipasang di lokasi.
Sebelum ini, Kementeri an Pengangkutan memaklumkan laporan awal siasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 individu itu akan disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia berlaku.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
 
ArticlePublished 23 Aug 2023 3.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM