Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Taring Dosej Polis Rampas Ubatan Kosmetik Bernilai Rm158 Ribu Di Tiga Kedai

Published: 06 Jan 2026 3.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bukit Mertajam, 6 Januari 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas ubat-ubatan, kosmetik dan produk tembakau tidak berdaftar bernilai RM158,166 dalam Op Taring Dosej di tiga premis perniagaan di Plaza Bukit Mertajam, Jalan Arumugam Pillai, di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-taring-dosej-polis-rampas-ubatan-kosmetik-bernilai-rm158-ribu-di-tiga-kedai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:12 MYT

Bukit Mertajam, 6 Januari 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas ubat-ubatan, kosmetik dan produk tembakau tidak berdaftar bernilai RM158,166 dalam Op Taring Dosej di tiga premis perniagaan di Plaza Bukit Mertajam, Jalan Arumugam Pillai, di sini, kelmarin.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), SAC Rosli Md Yusof berkata, operasi bersepadu itu dijalankan Cawangan Risiko PSP Zon Utara dengan kerjasama Cawangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Pulau Pinang serta Cawangan Kesihatan Awam KKM Bahagian Seberang Perai Tengah pada jam 12.00 tengah hari hingga 3.30 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit menyimpan dan menjual pelbagai produk ubatan, kosmetik serta tembakau yang tidak mempunyai kelulusan dan pendaftaran daripada KKM.

“Susulan itu, dua notis saman mahkamah dikeluarkan pihak KKM terhadap pemilik premis dan semua barangan terbabit dirampas serta disita untuk siasatan lanjut.

“Anggaran nilai rampasan adalah ubatan tidak berdaftar (RM130,000) manakala produk tembakau (RM28,166) dengan jumlah keseluruhan bernilai RM158,166,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 06 Jan 2026 3.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM