Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Pintas Polis Selamatkan Gadis Myanmar

Diterbitkan: 15 Jan 2024 3.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seberang Perai, 15 Januari 2024 – Seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 17 tahun yang dipercayai menjadi buruh paksa, berjaya diselamatkan polis dalam serbuan dan pemeriksaan menerusi Op Pintas di sebuah pusat hiburan di kawasan Simpang Ampat, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-pintas-polis-selamatkan-gadis-myanmar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:43 MYT
Seberang Perai, 15 Januari 2024 – Seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 17 tahun yang dipercayai menjadi buruh paksa, berjaya diselamatkan polis dalam serbuan dan pemeriksaan menerusi Op Pintas di sebuah pusat hiburan di kawasan Simpang Ampat, di sini semalam.

Operasi berkenaan dijalankan pasukan Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Fadil Hj. Marsus berkata, fokus operasi berkenaan adalah bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).
Menurut beliau, pihaknya berjaya menahan seramai 52 individu atas pelbagai kesalahan.

“Dalam serbuan sama, seorang mangsa pemerdagangan orang yang disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa berjaya diselamatkan.
"Mangsa yang merupakan remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga warga Myanmar berjaya diselamatkan,” katanya di sini semalam.

Katanya, kes itu disiasat menerusi Seksyen 44(1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

 
ArtikelDiterbitkan 15 Jan 2024 3.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM