
Article
Keratan Akhbar Pilihan Op Pintas Polis Selamatkan Gadis Myanmar
Seberang Perai, 15 Januari 2024 – Seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 17 tahun yang dipercayai menjadi buruh paksa, berjaya diselamatkan polis dalam...
Seberang Perai, 15 Januari 2024 – Seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 17 tahun yang dipercayai menjadi buruh paksa, berjaya diselamatkan polis dalam serbuan dan pemeriksaan menerusi Op Pintas di sebuah pusat hiburan di kawasan Simpang Ampat, di sini semalam.
Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Fadil Hj. Marsus berkata, fokus operasi berkenaan adalah bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).
Menurut beliau, pihaknya berjaya menahan seramai 52 individu atas pelbagai kesalahan.
“Dalam serbuan sama, seorang mangsa pemerdagangan orang yang disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa berjaya diselamatkan.
"Mangsa yang merupakan remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga warga Myanmar berjaya diselamatkan,” katanya di sini semalam.
Katanya, kes itu disiasat menerusi Seksyen 44(1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.