Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Pedagangan 146 Saman Tujuh Ditahan Positif Dadah

Diterbitkan: 21 Jul 2025 3.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 - Sebanyak 146 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan manakala tujuh lelaki ditahan kerana positif dadah dalam Op Perdagangan selama tiga hari bermula 15 Julai lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-pedagangan-146-saman-tujuh-ditahan-positif-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT
Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 - Sebanyak 146 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan manakala tujuh lelaki ditahan kerana positif dadah dalam Op Perdagangan selama tiga hari bermula 15 Julai lalu.

Operasi bersepadu dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama agensi lain itu tertumpu di Plaza Tol Ipoh Selatan dan Plaza Tol Ipoh Utara di Perak serta Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Pengarah JSPT, Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, operasi itu bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan perdagangan yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk pandu laju.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 146 saman trafik dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

“Tujuh lelaki turut ditahan kerana positif dadah dan siasatan lanjut dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan,” katanya, kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text


ArtikelDiterbitkan 21 Jul 2025 3.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM