Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Mega 503 Warga Asing Ditahan 200 Lokasi Panas Dikenal Pasti

Published: 14 Jul 2026 3.26 AM Updated: 15 Aug 2026 6.54 PM
Kuala Lumpur, 14 Julai 2026 - Seramai 503 warga asing ditahan dalam Op Mega yang dilaksanakan Jabatan Imigresen secara serentak di 18 lokasi seluruh negara, sejak kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-mega-503-warga-asing-ditahan-200-lokasi-panas-dikenal-pasti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:25 MYT
Kuala Lumpur, 14 Julai 2026 - Seramai 503 warga asing ditahan dalam Op Mega yang dilaksanakan Jabatan Imigresen secara serentak di 18 lokasi seluruh negara, sejak kelmarin.

Operasi yang diteruskan semalam menyasarkan premis perniagaan yang disyaki menggaji pekerja asing secara tidak sah atau dikendalikan warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Zakaria Shaaban berkata, operasi berkenaan disertai 876 pegawai daripada Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan serta Polis Diraja Malaysia.

“Seramai 2,260 individu adalah warga asing dan majikan diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Daripada jumlah itu, 503 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen," katanya pada sidang media selepas Op Mega di Jalan Kenanga, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of parking meter and text that says 'Ops Mega 503 warga asing ditahan, 200 hotspot dikenal pasti Operasi serentak 18 lokasi seluruh negara
ArticlePublished 14 Jul 2026 3.26 AMUpdated 15 Aug 2026 6.54 PM