Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Kontraban Sindiket Berselindung Di Sebalik Perniagaan Sah Elak Dikesan Pihak Berkuasa

Published: 18 Sep 2021 8.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Mendedahkan modus operandi terbaharu itu, Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Tuan Dimin Awang berkata, rangkaian sindiket berkenaan akan membuka perniagaan sah bagi menutup hasil keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti haram mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-kontraban-sindiket-berselindung-di-sebalik-perniagaan-sah-elak-dikesan-pihak-berkuasa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:37 MYT
Sindiket penyeludupan barangan kontraban dikesan berselindung di sebalik personaliti baik dengan menyamar sebagai ahli perniagaan yang sah bagi mengelak perbuatan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa.

Mendedahkan modus operandi terbaharu itu, Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Tuan Dimin Awang berkata, rangkaian sindiket berkenaan akan membuka perniagaan sah bagi menutup hasil keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti haram mereka.

Menurut beliau, taktik itu digunakan sindiket bagi membolehkan hasil keuntungan yang diperoleh ‘dicuci' atas nama perniagaan yang sah.

“Selain menggunakan orang tempatan sebagai pekerja, mereka juga berlagak baik dan gemar memberi sumbangan menerusi aktiviti masyarakat termasuk menderma untuk orang susah.

“Apa itu kontraban? Ia adalah bermaksud barang yang dilarang dan ditegah oleh undang-undang negara daripada dieksport atau diimport atau diniagakan.

“Penyeludupan barangan merujuk kepada perbuatan membawa masuk barang-barang bercukai atau larangan masuk atau keluar Malaysia secara tidak sah,.” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

Keratan Akhbar Pilihan Op Kontraban Sindiket Berselindung Di Sebalik Perniagaan Sah Elak Dikesan Pihak Berkuasa

May be an image of standing
ArticlePublished 18 Sep 2021 8.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM