Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Huu Fasa Dua 6 073 Saman

Published: 24 Sep 2023 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-huu-fasa-dua-6-073-saman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:56 MYT
Kuala Lumpur, 24 September 2023 - Kesalahan halangan lalu lintas terus merekodkan jumlah tertinggi pada hari kelapan pelaksanaan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) fasa dua di ibu negara sejak dilaksanakan 15 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebanyak 6,073 saman direkodkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu, kelmarin.
“Berdasarkan statistik, halangan lalu lintas adalah kesalahan paling tinggi direkodkan iaitu sebanyak 5,044 kes.

“Selain itu, kita juga merekodkan saman bagi kesalahan lain termasuk tiada lesen memandu (137), tidak patuh peraturan lampu isyarat (52), nombor plat (61) dan lain-lain kesalahan (778).

“Tindakan saman itu adalah hasil pelaksanaan menerusi 23 operasi seperti Op Motosikal, Op Mabuk, Op Didik dan Op Halangan yang dijalankan di sekitar ibu negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 24 Sep 2023 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM