Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Global 392 Kanak Kanak Diselamat Gisb Sesat

Published: 31 Dec 2024 1.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 31 Disember 2024 - Negara ini dikejutkan dengan pendedahan kegiatan sebuah kumpulan ajaran sesat, selepas Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) Malaysia pada 16 Ogos lalu menerusi laman rasmi Facebooknya mendedahkan kegiatan ajaran sesat yang didakwa berlaku dalam Global Ikhwan Sdn. Bhd. atau juga dikenali sebagai GISB.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-global-392-kanak-kanak-diselamat-gisb-sesat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:10 MYT
Kuala Lumpur, 31 Disember 2024 - Negara ini dikejutkan dengan pendedahan kegiatan sebuah kumpulan ajaran sesat, selepas Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) Malaysia pada 16 Ogos lalu menerusi laman rasmi Facebooknya mendedahkan kegiatan ajaran sesat yang didakwa berlaku dalam Global Ikhwan Sdn. Bhd. atau juga dikenali sebagai GISB.
Pada 11 September, polis kemudiannya membuat serbuan terhadap 20 rumah amal dipercayai milik GISB di Selangor dan Negeri Sembilan, serta menahan 171 individu bagi membantu siasatan kes mengeksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.
Seramai 392 individu lelaki dan perempuan berumur antara setahun hingga 17 tahun diselamatkan dalam operasi berkenaan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, rumah amal terbabit menggunakan sentimen agama dan kanak-kanak untuk menagih simpati serta sumbangan orang ramai.
Kegiatan jenayah itu dibanteras menerusi Op Global membabitkan 705 pegawai dan anggota polis.
Pada 13 September lalu Tan Sri Razarudin mengadakan sidang media kedua berhubung kes itu dan mendedahkan sejumlah 41 laporan polis polis berkaitan GISB diterima sejak 2011 hingga September lalu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 31 Dec 2024 1.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM