Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Bersepadu Enam Pemburu Warga Asing Ditahan

Published: 24 Dec 2023 1.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Rata-rata mereka menggunakan taktik menyamar sebagai pelancong asing bagi menjalankan aktiviti memburu hidupan liar dilindungi terutama harimau dan beruang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-bersepadu-enam-pemburu-warga-asing-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:25 MYT
Kuala Lumpur, 24 Disember 2023 - Tidak kenal erti serik biarpun kerap kali ditangkap. Itu sikap keras kepala ditunjukkan geng ‘gerila’ warga Vietnam yang masih berani menceroboh masuk hutan negara ini.

Rata-rata mereka menggunakan taktik menyamar sebagai pelancong asing bagi menjalankan aktiviti memburu hidupan liar dilindungi terutama harimau dan beruang.

Terbaru seorang pemburu haram warga Vietnam ditahan sepasukan anggota Renjer Komuniti Pos Dada Kering, Pahang, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan jam 9.30 pagi di Taman Negara Pahang di Merapoh, Kuala Lipis.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek menemui pasport dan guni berisi peralatan memburu.

“Bagaimanapun tiada trofi atau hidupan liar ditemui pada suspek. Lelaki itu dibawa ke Balai Polis Merapoh untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ini adalah tangkapan terbaru selepas Pasukan Taktikal Khas Perhilitan (SPARTA) dan anggota 69 Komando Polis Diraja Malaysia memberkas tiga pemburu haram Vietnam berhampiran Kampung Sungai Charu, Panching, Pahang di sini, awal bulan lalu.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 7 people and text that says 'TAK SERIK CEROBOH HUTAN SIMPAN 6 PEMBURU WARGA ASING DITAHAN Oleh berisi peralatan membu- Hasil tangkapan P
ArticlePublished 24 Dec 2023 1.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM