Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Pga Sarawak Bakal Dikerah Jika Ada Keperluan Bantu Sabah

Published: 22 Sep 2020 4.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 September 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak akan dihantar ke Sabah sekiranya ada keperluan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) sehingga mencetuskan masalah penularan COVID-19 dan keselamatan di negeri itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-pga-sarawak-bakal-dikerah-jika-ada-keperluan-bantu-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:36 MYT

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG

Kuala Lumpur, 22 September 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak akan dihantar ke Sabah sekiranya ada keperluan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) sehingga mencetuskan masalah penularan COVID-19 dan keselamatan di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, pihaknya yakin polis Sabah dengan kerjasama agensi keselamatan berkaitan mampu mengekang sebarang cubaan penyeludupan masuk PATI menerusi sempadan negeri berkenaan.

"Setakat ini, kekuatan polis yang ada di Sabah dengan bantuan tambahan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan agensi keselamatan lain dilihat masih mampu menyekat serta mengekang kemasukan PATI.

"Bagaimanapun, PGA Sarawak sentiasa bersiap siaga untuk membantu dan menangani isu berbangkit jika ada keperluan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kemasukan PATI sehingga mencetuskan isu penularan pandemik COVID-19 serta keselamatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu nanti.

Sumber: Kosmo

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people and text
ArticlePublished 22 Sep 2020 4.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM