Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Oerasi Bersepadu Pga Rampas Sisa Plastik E Waste Haram Rm3 37 Juta

Published: 23 Feb 2026 3.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Nibong Tebal, 23 Februari 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sejumlah sisa plastik dan elektronik (e-waste) bernilai lebih RM3.37 juta yang diproses secara harani dalam serbuan di sebuah premis di daerah Seberang Perai Selatan, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-oerasi-bersepadu-pga-rampas-sisa-plastik-e-waste-haram-rm3-37-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:18 MYT
Nibong Tebal, 23 Februari 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sejumlah sisa plastik dan elektronik (e-waste) bernilai lebih RM3.37 juta yang diproses secara harani dalam serbuan di sebuah premis di daerah Seberang Perai Selatan, Jumaat lalu.

Serbuan pada jam 11 pagi itu membabitkan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan.

Dalam operasi itu, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang dipercayai pemilik premis ditahan.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak. SAC Balveer Singh Mahindar Singh, berkata siasatan awal mendapati suspek menjadikan premis itu sebagai lokasi pemprosesan material plastik dan penyimpanan sisa elektronik tanpa kelulusan pihak berkuasa seperti JAS dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

“Premis ini telah beroperasi sejak awal tahun 2025, mendapatkan bekalan sisa plastik daripada kilang semikonduktor di sekitar kawasan ini.

“Pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai sisa elektronik disimpan dalam ‘jumbo bag' serta tong drum yang mengandungi cecair minyak tercemar, yang keseluruhannya bernilai lebih RM3.37 juta,” katanya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 23 Feb 2026 3.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM