Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Tiga Saudagar Ular Ditahan Perhilitan

Diterbitkan: 08 Jun 2025 1.02 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.59 PM
Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 - Jalankan perniagaan haram menjual pelbagai spesies ular berbahaya pada harga mencecah RM4,000 seekor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-tiga-saudagar-ular-ditahan-perhilitan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:20 MYT
Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 - Jalankan perniagaan haram menjual pelbagai spesies ular berbahaya pada harga mencecah RM4,000 seekor.

Itu aktiviti tiga ‘saudagar ular' yang berjaya dibongkar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Klang, Selangor, Ahad lalu.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi turut disertai anggota Perhilitan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Unit Perisikan Siasatan Khas PERHILITAN dan sembilan pegawai dan anggota polis Bukit Aman.

Menurutnya, dalam serbuan jam 7.30 malam itu, seorang lelaki dan dua wanita tempatan yang mendiami sebuah rumah ditahan untuk siasatan.

“Pemeriksaan lanjut menemui enam ekor ular sawa yang masih hidup dan seekor ular tedung selar di dalam sangkar khas.

“Turut ditemui seekor burung Indian Ringneck yang masih hidup. Semua hidupan liar itu dianggarkan bernilai hampir RM50,000,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of rabbit hutch and text that says 'Tiga 'saudagar ular' ditahan Perhilitan Kuala Lumpur: Jalankan perniagaan haram menjual pelba


ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2025 1.02 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.59 PM