
Article
Keratan Akhbar Pilihan Obk Tiga Saudagar Ular Ditahan Perhilitan
Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 - Jalankan perniagaan haram menjual pelbagai spesies ular berbahaya pada harga mencecah RM4,000 seekor.
Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 - Jalankan perniagaan haram menjual pelbagai spesies ular berbahaya pada harga mencecah RM4,000 seekor.
Itu aktiviti tiga ‘saudagar ular' yang berjaya dibongkar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Klang, Selangor, Ahad lalu.
Ketua Pengarah PERHILITAN, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi turut disertai anggota Perhilitan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Unit Perisikan Siasatan Khas PERHILITAN dan sembilan pegawai dan anggota polis Bukit Aman.
Menurutnya, dalam serbuan jam 7.30 malam itu, seorang lelaki dan dua wanita tempatan yang mendiami sebuah rumah ditahan untuk siasatan.
“Pemeriksaan lanjut menemui enam ekor ular sawa yang masih hidup dan seekor ular tedung selar di dalam sangkar khas.
“Turut ditemui seekor burung Indian Ringneck yang masih hidup. Semua hidupan liar itu dianggarkan bernilai hampir RM50,000,” katanya.