Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Tiga Individu Ditahan Bantu Siasatan Kepala Harimau Dalam Peti Sejuk

Published: 21 Mar 2025 8.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 20 Mac 2025 - Tidak hanya berisi makanan sejuk beku malah kepala harimau sudah dipenggal turut disimpan di dalam peti sejuk.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-tiga-individu-ditahan-bantu-siasatan-kepala-harimau-dalam-peti-sejuk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:19 MYT
 
Putrajaya, 20 Mac 2025 - Tidak hanya berisi makanan sejuk beku malah kepala harimau sudah dipenggal turut disimpan di dalam peti sejuk.

Penemuan kepala haiwan liar dilindungi itu adalah hasil tindakan bersepadu pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan mengejut terhadap sebuah kedai runcit di Cameron Highlands, Pahang, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, penemuan kepala harimau kumbang itu susulan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 3/2025 Zon Timur/Zon Utara jam 1.56 petang, semalam.

Beliau berkata, operasi membabitkan kerjasama pegawai PERHILITAN, empat anggota Pasukan Gerak Am, Jabatan Imigresen Pahang dan Ranjer Komuniti.

“Tindakan pemeriksaan dilakukan di sebuah rumah kedai di Kuala Terla, Cameron Highlands, Pahang susulan maklumat diterima.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, pihak berkuasa menemui bahagian hidupan liar disyaki harimau kumbang disimpan di dalam plastik biru yang diletakkan di dalam peti beku di kedai berkenaan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, slow loris and text that says 'Perhilitan siasatan zlidapatise sembunyikan kumbank sambar kecil dakım premis. A1 Oleh Mohd Ja

ArticlePublished 21 Mar 2025 8.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM