Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Pga Serbu Lombong Emas Haram Di Rompin

Diterbitkan: 26 Feb 2025 1.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Rompin, 26 Februari 2025 - Dua lelaki warga Kemboja ditahan dalam serbuan di lombong emas haram berhampiran Sungai Jubau, di Muadzam Shah, dekat sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-pga-serbu-lombong-emas-haram-di-rompin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:51 MYT
 
Rompin, 26 Februari 2025 - Dua lelaki warga Kemboja ditahan dalam serbuan di lombong emas haram berhampiran Sungai Jubau, di Muadzam Shah, dekat sini, kelmarin.

Serbuan menerusi Op Bersepadu Khazanah (OBK) itu dilakukan pasukan Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang turut merampas pelbagai peralatan melombong dan sejumlah partikel emas.

Menurut kenyataan dikeluarkan Briged Tenggara PGA, serbuan hasil risikan itu menahan dua lelaki dan merampas pelbagai alatan digunakan untuk melombong emas di kawasan terbabit.

Antara barang yang disita ialah pam air, enjin generator, dua motosikal dan beberapa karpet getah digunakan sebagai penapis dan partikel emas.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu gagal menunjukkan lesen pelombongan sah dan semua nilai rampasan dianggarkan RM96,000,” menurut kenyataan itu.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Mungkin imej teks


ArtikelDiterbitkan 26 Feb 2025 1.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM