Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Pga Sabah Rampas Rokok Seludup Ayam Sabung Bernilai Lebih Rm12 Juta

Published: 31 Jul 2025 7.16 AM Updated: 15 Aug 2026 6.45 PM
Kota Kinabalu, 31 Julai 2025 - Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan ayam sabung menerusi beberapa siri serbuan dalam Operasi Kontraban dan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di empat daerah termasuk Tuaran, Beluran, Sandakan dan Tawau.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-pga-sabah-rampas-rokok-seludup-ayam-sabung-bernilai-lebih-rm12-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:36 MYT
Kota Kinabalu, 31 Julai 2025 - Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan ayam sabung menerusi beberapa siri serbuan dalam Operasi Kontraban dan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di empat daerah termasuk Tuaran, Beluran, Sandakan dan Tawau.

Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias, berkata sepanjang operasi bermula 25 hingga 29 Julai lalu, sebanyak sembilan serbuan dilakukan oleh pasukan petugas khas.

Ia terdiri daripada Task Force Perisikan Briged Sabah PGA, Batalion 14 PGA Tawau, Batalion 15 PGA Sandakan dan Batalion 20 PGA Beluran dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Sandakan-Rasmi.

Beliau berkata serbuan pertama pada 25 Julai berjaya menahan seorang lelaki tempatan bersama rampasan 3.1 juta batang rokok putih pelbagai jenama yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Borneo seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 31 Jul 2025 7.16 AMUpdated 15 Aug 2026 6.45 PM