
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Obk Pga Rampas Balak Treler Rm2 6 Juta
Ranau, 26 Julai 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas kayu balak tanpa permit dan menahan dua treler yang membawa muatan berkenaan dala...
Ranau, 26 Julai 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas kayu balak tanpa permit dan menahan dua treler yang membawa muatan berkenaan dalam satu serbuan di Kampung Rondogung, di sini.
Komander PGA Briged Sabah, SAC Datuk Abdul Rani Alias berkata, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dijalankan sepasukan anggota Cawangan Risik/Task Force Batalion 21 PGA Keningau bersama Jabatan Perhutanan Sabah cawangan Ranau menerusi Op Bersepadu Khazanah.
Katanya, serbuan diketuai Inspektor Shariff Lamuin selepas pasukan operasi mengesan pergerakan mencurigakan dua treler dari arah Jalan Tambunan-Ranau.
“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua treler itu membawa 59 batang kayu balak pelbagai jenis tanpa sebarang dokumen sah.
“Kayu-kayu berkenaan dipercayai dipindahkan tanpa permit yang sah dan melanggar syarat Jabatan Perhutanan Sabah,” katanya dalam kenyataan media di sini.