Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Pga Rampas Balak Treler Rm2 6 Juta

Published: 26 Jul 2025 1.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ranau, 26 Julai 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas kayu balak tanpa permit dan menahan dua treler yang membawa muatan berkenaan dalam satu serbuan di Kampung Rondogung, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-pga-rampas-balak-treler-rm2-6-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:31 MYT
Ranau, 26 Julai 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas kayu balak tanpa permit dan menahan dua treler yang membawa muatan berkenaan dalam satu serbuan di Kampung Rondogung, di sini.

Komander PGA Briged Sabah, SAC Datuk Abdul Rani Alias berkata, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dijalankan sepasukan anggota Cawangan Risik/Task Force Batalion 21 PGA Keningau bersama Jabatan Perhutanan Sabah cawangan Ranau menerusi Op Bersepadu Khazanah.

Katanya, serbuan diketuai Inspektor Shariff Lamuin selepas pasukan operasi mengesan pergerakan mencurigakan dua treler dari arah Jalan Tambunan-Ranau.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua treler itu membawa 59 batang kayu balak pelbagai jenis tanpa sebarang dokumen sah.
“Kayu-kayu berkenaan dipercayai dipindahkan tanpa permit yang sah dan melanggar syarat Jabatan Perhutanan Sabah,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Borneo seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'PGA RAMPAS BALAK, TRELER RM2.6 JUTA Oleh Olviana Najurus RANAU: Pasukan Gerakan Kedua-dua treler itu membawa 59 batang b
ArticlePublished 26 Jul 2025 1.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM