Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Perhilitan Bongkar Premis Empat Warga Asing Kemboja Kena Tangkap

Published: 09 Jul 2024 1.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 9 Julai 2024 - Jual kura-kura diseludup mampu memberi keuntungan besar ‘enam angka'. Faktor itu menjadi tarikan kepada sindiket Malaysia menjalankan kegiatan haram itu pada skala besar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-perhilitan-bongkar-premis-empat-warga-asing-kemboja-kena-tangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:19 MYT
Kuala Lumpur, 9 Julai 2024 - Jual kura-kura diseludup mampu memberi keuntungan besar ‘enam angka'. Faktor itu menjadi tarikan kepada sindiket Malaysia menjalankan kegiatan haram itu pada skala besar.

Ini terbukti apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia berjaya membongkar sebuah premis yang dijadikan pusat penyimpanan dan penternakan haram beratus ekor reptilia itu.
Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi membenteras jenayah pemerdagangan haiwan liar dilindungi itu turut dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Katanya, dalam operasi jam 7.30 malam kelmarin, sepasukan pegawai Wildlife Crime Unit PERHILITAN diketuai pegawainya, Celescoriano Razond dan anggota cawangan risik Pasukan Gerakan Am PDRM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Ampang, di sini.

Menurutnya, empat warga Kemboja membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita ditahan terlebih dahulu bersama seorang lelaki warga tempatan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 09 Jul 2024 1.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM