Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Padah Bawa Tiga Ekor Pelanduk Siap Dilapah 18 Butir Peluru 20250630

Published: 30 Jun 2025 5.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Temerloh, 29 Jun 2025 - Dua lelaki bukan sahaja ditahan bersama tiga ekor pelanduk yang sudah ‘dilapah', seekor burung merbah serta perangkap, malah mereka turut memiliki 18 biji peluru penabur, satu kelongsong peluru 70 mm tanpa lesen senjata api di Kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh, di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-padah-bawa-tiga-ekor-pelanduk-siap-dilapah-18-butir-peluru-20250630
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:47 MYT
Temerloh, 29 Jun 2025 - Dua lelaki bukan sahaja ditahan bersama tiga ekor pelanduk yang sudah ‘dilapah', seekor burung merbah serta perangkap, malah mereka turut memiliki 18 biji peluru penabur, satu kelongsong peluru 70 mm tanpa lesen senjata api di Kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh, di sini kelmarin.

Kedua-dua suspek masing-masing seorang berusia 50 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 32 tahun ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dilakukan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Operasi tersebut dijalankan bermula pukul 8.30 malam dan tamat pada pukul 12.01 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, kesemua peluru dan haiwan berkenaan ditemukan di dalam trak pikap jenis Toyota Hilux dinaiki suspek daiam operasi berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemukan 18 biji peluru penabur, satu kelongsong peluru penabur 70 milimeter, tiga karkas dipercayai pelanduk, seekor burung merbah dan sejumlah perangkap.

“Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah daripada PERHILITAN dan gagal mengemukakan lesen memiliki senjata api,” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 30 Jun 2025 5.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM