Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Nilai Rampasan Cecah Rm31 2 Juta

Published: 30 Apr 2025 5.04 AM Updated: 15 Aug 2026 8.05 PM
Kota Bharu, 30 April 2025 - Pasukan Gerakan Am - (PGA) menyerbu lapan kilang kayu di empat daerah di Kelantan dan merampas pelbagai barangan membabitkan nilai keseluruhan rampasan RM31.2 juta, pagi kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-nilai-rampasan-cecah-rm31-2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:04 MYT
Kota Bharu, 30 April 2025 - Pasukan Gerakan Am - (PGA) menyerbu lapan kilang kayu di empat daerah di Kelantan dan merampas pelbagai barangan membabitkan nilai keseluruhan rampasan RM31.2 juta, pagi kelmarin.

Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan Cawangan Risik Briged Tenggara Batalion 7, 8 dan 9 itu turut disertai Jabatan Perhutanan Kelantan dijalankan di Pasir Mas, Jeli, Tumpat dan Tanah Merah.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil serbuan berkenaan, seramai 31 individu termasuk 11 warga asing ditahan berusia antara 18 hingga 67 tahun.

Katanya, selain warga asing, tangkapan itu turut membabitkan pemilik kilang kayu berkenaan.

“Semua serbuan dilakukan serentak bermula 10 pagi. Hasil serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan terhadap kesemua kilang kayu itu mendapati beberapa kesalahan yang dilakukan termasuk ada 1 kilang yang tidak berlesen.

“Susulan serbuan berkenaan, kita merampas pelbagai saiz kayu, jentera berat, alat pemotong dan pemproses kayu membabitkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM31.2 juta,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎lumberyard and ‎text that says '‎Cawangın Risik Briged Tenggara Batalion dan selain turut disertai, Jabxatan Kota Bharu empat PG
ArticlePublished 30 Apr 2025 5.04 AMUpdated 15 Aug 2026 8.05 PM