Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Lelaki Tempatan Ditahan Dikesan Jual Burung Liar Dilindungi Secara Haram Dalam Talian

Diterbitkan: 03 May 2024 8.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.16 PM
Kuala Lumpur, 3 Mei 2024 - Menjawat jawatan tinggi dalam syarikat swasta selain memperolehi gaji lumayan setiap bulan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-lelaki-tempatan-ditahan-dikesan-jual-burung-liar-dilindungi-secara-haram-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT
Kuala Lumpur, 3 Mei 2024 - Menjawat jawatan tinggi dalam syarikat swasta selain memperolehi gaji lumayan setiap bulan.

Anehnya pendapatan tinggi diperolehi masih tidak mencukupi apabila masih ada antara mereka dikesan menjalankan kegiatan menjual burung liar dilindungi secara haram.

Kegiatan jenayah pemerdagangan hidupan liar itu dikesan aktif dilakukan membabitkan beberapa individu yang aktif menjual hidupan liar melalui media sosial dan laman jual beli di dalam talian.

Terbaru pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia menyerbu kediaman mewah seorang lelaki tempatan yang dikesan menjalankan kegiatan haram berkenaan.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu diketuai pegawai Perhilitan, Celescoriano Razond bersama empat anggota polis Cawangan Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Menurutnya, dalam serbuan jam 10 malam kelmarin, pihak PERHILITAN dan polis menyerbu satu unit kondominium mewah di ibu negara.

“Seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang juga pemilik kediaman ditahan untuk soal siasat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 03 May 2024 8.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.16 PM