
Article
Keratan Akhbar Pilihan Obk Lelaki Ditahan Pamer Burung Liar Tanpa Permit Di Flat
Cheras, 30 Januari 2026 - Tindakan seorang lelaki menjadikan rumah flat didiaminya sebagai lokasi untuk mempamerkan koleksi burung liar dimiliki mengundang pad...
Cheras, 30 Januari 2026 - Tindakan seorang lelaki menjadikan rumah flat didiaminya sebagai lokasi untuk mempamerkan koleksi burung liar dimiliki mengundang padah apabila kediamannya diserbu pihak berkuasa.
Suspek dikesan menyusun sangkar berisi unggas eksotik tanpa lesen yang sah di kawasan kaki lima dan ruang dapur premis di Taman Rasa Sayang di sini.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, berkata, tindakan diambil menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) disertai sepasukan anggota Perhilitan Selangor bersama Cawangan Risik Batalion 19 Pasukan Gerakan Am Cheras, Isnin lalu.
Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tingkat tiga premis itu jam pada 10.20 pagi sebelum menemui deretan sangkar burung yang digantung di kaki lima kediaman.
“Hasil pemeriksaan menemui empat ekor burung daun dan seekor burung murai batu yang juga spesis hidupan liar dilindungi.
“Suspek berusia 50-an yang mempunyai lesen bagi pemilikan burung murai batu bagaimanapun gagal menunjukkan permit sah bagi empat burung daun,” katanya.