Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Harimau Belang Rm200 000

Diterbitkan: 06 Jan 2025 2.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 6 Januari 2025 - Harga seekor harimau Malaya atau ‘Pak Belang’ di pasaran gelap mencecah RM200,000 seekor, menyebabkan haiwan yang semakin pupus itu terus menjadi buruan sindiket pemburu haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-harimau-belang-rm200-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:28 MYT
Kuala Lumpur, 6 Januari 2025 - Harga seekor harimau Malaya atau ‘Pak Belang’ di pasaran gelap mencecah RM200,000 seekor, menyebabkan haiwan yang semakin pupus itu terus menjadi buruan sindiket pemburu haram.

Taring, kepala, kuku, misai, gigi, tulang dan kulit harimau belang antara bahagian badan haiwan itu yang mendapat permintaan tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, harimau Malaya kini berdepan ancaman serius akibat pemburuan haram yang terus aktif. Katanya, setiap bahagian haiwan itu mempunyai nilai tinggi, sekali gus membuatkan pemburu haram tidak gentar berdepan ancaman dan tindakan undang-undang.

“Harga seekor harimau belang dewasa di pasaran gelap mencecah RM200,000, manakala setiap bahagian haiwan itu dijual dengan harga paling murah pun RM500.

“Harimau belang ini dijual di pasaran gelap bagi kegunaan perubatan tradisional kononnya boleh menyembuhkan penyakit selain dijadikan perhiasan," katanya kepada Kosmo!.

Katanya, penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646) di Semenanjung yang berkuat kuasa 1 Februari 2023 mengenakan hukuman dan denda yang lebih tinggi terhadap pesalah jenayah hidupan liar.

Penguatkuasaan seperti Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan bermula 2019 sehingga kini melalui kerjasama polis, kastam, Jabatan Perhutanan dan lain-lain agensi telah berjaya mengurangkan kegiatan pemburuan haram hidupan liar.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text
ArtikelDiterbitkan 06 Jan 2025 2.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM