Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Dua Pemburu Haram Ditahan Ceroboh Hutan Tembak Kijang

Diterbitkan: 23 Nov 2025 7.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata suspek ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Utara Siri 11/2025 membabitkan 13 pegawai PERHILITAN dan empat anggota Pasukan Gerakan Am.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-dua-pemburu-haram-ditahan-ceroboh-hutan-tembak-kijang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:15 MYT
Gerik, 23 November 2025 - 'Mengidam' daging kijang menyebabkan ramai pemburu haram dikesan menceroboh masuk ke dalam hutan simpan bagi memburu haiwan liar dilindungi itu.

Terbaharu dua lelaki ditahan di Jalan Balak, FELDA Lawin Utara, Lenggong, Perak selepas dikesan menjalankan kegiatan menembak kijang menggunakan senapang buatan sendiri.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata suspek ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Utara Siri 11/2025 membabitkan 13 pegawai PERHILITAN dan empat anggota Pasukan Gerakan Am.

Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya menahan kenderaan pacuan empat roda mencurigakan di lokasi berkenaan jam 1 tengah hari kelmarin.

“Soal siasat dijalankan mendapati suspek berusia 50an dan 60an itu berasal dari Serdang dan Kulim, Kedah.

“Hasil pemeriksaan menemui longgokan daging dipercayai daging kijang, dua senjata api buatan sendiri, tiga peluru hidup serta dua telefon bimbit.

“Semua rampasan dianggarkan bernilai RM50,000. Pihak kami percaya suspek menjalankan kegiatan pemburuan haram di hutan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik untuk tindakan lanjut.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 23 Nov 2025 7.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM