
Article
Keratan Akhbar Pilihan Obk Ahli Perniagaan Miliki Ratusan Barangan Hiasan Kulit Sang Bedal Bernilai Rm1 Juta Ditahan
Kuala Lumpur, 9 Mac 2025 - Layak digelar ‘raja buaya’ apabila seorang ahli perniagaan diberkas pihak berkuasa selepas memiliki ratusan barangan hiasan mengguna...
Kuala Lumpur, 9 Mac 2025 - Layak digelar ‘raja buaya’ apabila seorang ahli perniagaan diberkas pihak berkuasa selepas memiliki ratusan barangan hiasan menggunakan kulit buaya bernilai hampir RM1 juta.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan suspek berjaya dibongkar hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan kerjasama Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) PERHILITAN dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia.
Menurutnya, seramai tujuh pegawai WCB dan PERHILITAN Johor dibantu enam anggota polis melakukan serbuan mengejut terhadap sebuah premis di Skudai, Johor pada jam 9.20 pagi, Jumaat lalu.
“Seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang berada di premis itu ditahan termasuk seorang wanita berusia 40-an.
“Hasil pemeriksaan dilakukan oleh pasukan serbuan menemui pelbagai produk dihasilkan menggunakan kulit hidupan liar yang dilindungi di premis itu,” katanya kepada Metro Ahad.