Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: AHLI PERNIAGAAN MILIKI RATUSAN BARANGAN HIASAN KULIT SANG BEDAL BERNILAI RM1 JUTA DITAHAN

Diterbitkan: 12 Mar 2025 1.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 Mac 2025 - Layak digelar ‘raja buaya’ apabila seorang ahli perniagaan diberkas pihak berkuasa selepas memiliki ratusan barangan hiasan menggunakan kulit buaya bernilai hampir RM1 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-ahli-perniagaan-miliki-ratusan-barangan-hiasan-kulit-sang-bedal-bernilai-rm1-juta-ditahan-20250312
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:17 MYT
 
Kuala Lumpur, 9 Mac 2025 - Layak digelar ‘raja buaya’ apabila seorang ahli perniagaan diberkas pihak berkuasa selepas memiliki ratusan barangan hiasan menggunakan kulit buaya bernilai hampir RM1 juta.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan suspek berjaya dibongkar hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan kerjasama Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB) PERHILITAN dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya, seramai tujuh pegawai WCB dan PERHILITAN Johor dibantu enam anggota polis melakukan serbuan mengejut terhadap sebuah premis di Skudai, Johor pada jam 9.20 pagi, Jumaat lalu.

“Seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang berada di premis itu ditahan termasuk seorang wanita berusia 40-an.

“Hasil pemeriksaan dilakukan oleh pasukan serbuan menemui pelbagai produk dihasilkan menggunakan kulit hidupan liar yang dilindungi di premis itu,” katanya kepada Metro Ahad.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 12 Mar 2025 1.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM