
Article
Keratan Akhbar Pilihan Obk Ahli Perniagaan Ditahan Miliki 12 Gading Gajah Bernilai Rm1 Juta Secara Haram
Kuala Lumpur, 17 April 2024 - Cuba tonjolkan kemewahan dan status kaya dengan mempamerkan koleksi gading gajah di kediamannya.
Kuala Lumpur, 17 April 2024 - Cuba tonjolkan kemewahan dan status kaya dengan mempamerkan koleksi gading gajah di kediamannya.
Itu tindakan seorang ahli perniagaan yang ditahan polis serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia susulan memiliki 12 hiasan gading gajah bernilai hampir sejuta ringgit secara haram.
Menurutnya, operasi dilakukan Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) PERHILITAN diketuai pegawainya, Tuan Celescoriano Razond dan lima pegawai dari Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman.
“Pemeriksaan mengejut dilakukan di sebuah kediaman mewah milik seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya, Selangor, sekitar jam 12 tengah malam kelmarin.
“Hasil pemeriksaan di dalam kediaman itu menemui pelbagai objek pameran dan ukiran diperbuat menggunakan gading gajah.
“Sebanyak 12 unit gading gajah berjaya ditemui termasuk ada antaranya cuba disembunyikan pembantu rumah suspek sebaik menyedari kehadiran kami,” katanya.