Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk 620 Individu Ditahan 2 145 Jerat Dimusnah

Diterbitkan: 29 Jul 2024 2.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 29 Julai 2024 – Usaha gigih mengekang pemburu Harimau Malaya dan binatang liar lain dibuktikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia susulan kejayaan menahan 620 individu sejak lebih lima tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-620-individu-ditahan-2-145-jerat-dimusnah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:49 MYT
Kuala Lumpur, 29 Julai 2024 – Usaha gigih mengekang pemburu Harimau Malaya dan binatang liar lain dibuktikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia susulan kejayaan menahan 620 individu sejak lebih lima tahun lalu.

Difahamkan ia hasil 63 operasi Ops Bersepadu Khazanah (OBK) bermula 3 September 2019 hingga 27 Disember 2023 membabitkan nilai rampasan mencecah RM256.28 juta.
Selain itu, sejumlah 2,145 jerat haiwan liar berjaya dimusnahkan dalam operasi berkenaan.

Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak enam siri operasi berjaya dilaksanakan.

“Hasil operasi itu, sebanyak 63 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan jenayah dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan berjumlah RM8,805,150,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama, sebanyak 243 jerat hidupan liar berjaya dimusnahkan, 12 kesan takikan pokok karas, 40 khemah pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan dan 218 kesan disyaki pencerobohan lain berjaya direkod.

“Operasi OBK diiktiraf oleh Program Alam Sekiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dipilih sebagai pemenang Asia Environmental Enforcement Awards dalam memerangi jenayah alam sekitar rentas sempadan pada tahun 2020,”katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an illustration of text

May be an image of 1 person, big cat, slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 29 Jul 2024 2.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM